Sabtu, 28 Desember 2013

Lapor pada kementerian dakwa sekolah 3 hari
  • Zulaikha Zulkifli
  • Malaysiakini Dis 18 2012
 
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta ibubapa Sekolah Kebangsaan Bihai, Gua Musang membuat laporan kepada Kementerian Pelajaran berhubung tempoh hari persekolahan di sekolah itu yang didakwa hanya tiga hari seminggu.

"Mereka kena lapor pada kementerian. Saya akan minta Jabatan Pelajaran Negeri untuk siasat betul atau tidak. Sebab perkara seperti ini kita perlu siasat sejauh mana kebenarannya," katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita pada sidang media selepas merasmikan seminar Fiqh Kontemporari di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak hari ini.

Malaysiakini melaporkan ketika menemui Arom Asir - wakil penduduk kampung selepas kematian tok batin di Kampung Tenrik, Pos Bihai Gua Musang, Kelantan, beliau berkata pendidikan merupakan masalah kanak-kanak di kampung itu.

Arom mendakwa kira-kira 200 murid di SK Bihai hanya diajar selama tiga hari dalam tempoh minggu persekolahan - sedangkan minggu persekolahan di Kelantan bermula Ahad hingga Khamis.

"Guru-guru hanya datang pada Ahad dan oleh itu mereka tidak boleh mengajar, jadi mereka mengajar pada Isnin sehingga Rabu. Dan menjelang tengahari hari Khamis, mereka bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Pelajar pula diminta untuk balik ke asrama," kata Arom.

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!