
satu kajian saintifik terkini mendedahkan perlakuan mengunyah itu sebenarnya baik untuk kecergasan otak.

Ketua penyelidik, Profesor Andy Smith, berkata, mengunyah gula-gula getah, mampu meningkatkan ghairah dan mengundang tindakan sementara kepada aliran darah dalam otak.

Ketika sesi ujian selama 30 minit dijalankan, responden akan menekan butang dengan ibu jari bagi memberi tindak balas terhadap soalan yang diberi pada skrin.
Responden yang tidak mengunyah gula-gula getah mengambil masa 545 mili saat untuk memberi tindak balas, berbanding 493 mili saat oleh responden yang mengunyah gula-gula getah.
Menurut beliau, kawasan otak yang paling aktif ketika mengunyah merupakan kawasan yang terlibat dengan pergerakan dan pemerhatian.
"Satu kes yang boleh dijadikan contoh, situasi pengurus bola sepak kelab Manchester United, Alex Fergusson yang sentiasa mengunyah gula-gula
getah ketika pasukannya beraksi. Mungkin ia hanya kebetulan, namun, tindakan itu dilihat sangat tepat dalam keadaan yang getir seperti itu," katanya.
Jelas beliau, keputusan ujian mencadangkan kunyahan meningkatkan paras keghairahan dan kewaspadaan yang menjana kawalan motor, sekali gus membantu meningkatkan persembahan kognitif individu. - AGENSI
0 komentar:
Posting Komentar