Jumat, 27 Desember 2013

Harakahdaily

Mohd Sayuti Omar, 14 Nov 2012
Bukan senang untuk mendisiplin orang politik tidak kira dari relong mana. Mulut orang politik lebih luas dari mulut tempayan dan buasnya lebih lasak dari anak lembu belum baligh. Untuk menang mereka akan melakukan apa saja. Apa lagi politik yang diamalkan di Malaysia ini (politik demokrasi sekular), menyebabkan sesuatu yang mereka lakukan walaupun bersalahan dengan adat dan agama tidak menjadi masalah.

Dalam dunia politik yang haram pun boleh dihalalkan dan yang halal pula boleh diharamkan.  

Sebab itu jika diperhatikan orang politik akan mempolitikan apa saja. Politik kita ada stail tersendiri kerana kita tidak terikat dengan mana-mana terma politik, tetapi bebas dengan terma yang kita cipta sendiri; boleh berbohong, boleh memfitnah dan boleh menggunakan apa saja isu. Rukun 4C - (Publisiti, manipulasi, kontroversi dan hipokrasi), tetap praktikal dan valid dalam politik kita.

Isu-isu bersifat personal dan sensitif seperti agama, budaya, bahasa dan sebagainya sepatut tidak dibangkit kerana ia boleh menimbulkan keburukan dan mudarat, tetapi ia seakan tidak dipedulikan langsung asalkan ia dikira memberi keuntungan dan laba. Malahan isu-isu pula menjadi kegeraman semua kebelakangan ini. Seolah-olah ahli politik kita semuanya tidak bermoral dan sudah tidak mementingkan soal integriti dan moral lagi.

Kerencaman dan kebuasan orang politik ini menjadi lebih teruk lagi apabila media massa yang menjadi alat dan saluran melaporkan kegiatan orang politik juga tidak berdisiplin atau tidak bertanggungjawab terhadap peranan mereka sewajarnya. Media massa yang seharusnya bertanggungjawab tidak bertindak sepertinya. Tanggungjawab sosial diabaikan begitu saja kerana mengejar materialistik. Sikap dan perangai media massa juga sama dengan sikap dan perangai politician.

Kekalutan atau kurang kerbertanggungjawaban media ini bukan saja terkhusus kepada media massa PB tetapi media masa bebas yang lain juga termasuklah yang pro-oposisi dan blog. Kerana mengejar visitor atau pageview mereka sanggup manipulasikan laporan atau mempolemik isu-isu yang tidak sepatutnya secara rakus.

Kadang-kadang geluk politik kita menjadi riuh disebabkan campur tangan media massa atau media masa terlupa tanggungjawab dan amanah sosialnya. Adakalanya kenyataan orang politik seinci saja tetapi di make-up sampai sekaki dan sedepa. Inilah menimbulkan kekalutan.

selengkapnya

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!