Minggu, 22 Desember 2013


MANCHESTER United memerlukan kebangkitan daripada permulaan suram mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila turun bertandang ke Shakhtar Donetsk, awal pagi esok untuk perlawanan kedua Liga Juara-Juara.

United yang menang 4-2 ke atas Bayer Leverkusen pada aksi sulung Kumpulan A sebelum ini perlu mencatat kemenangan jika mahu mengatasi Donetsk yang turut menang aksi pertama menewaskan Real Sociedad 2-0.

Manchester City yang turut menang aksi pertama sebelum ini pula berdepan ujian sebenar apabila menanti kunjungan juara bertahan, Bayern Munich di Stadium Etihad dalam aksi Kumpulan D.

Turut menjadi tumpuan, aksi Kumpulan B menemukan Real Madrid dan FC Copenhagen di Santiago Bernabeu untuk menyaksikan sama ada Real mampu meneruskan kegarangan mereka membelasah Galatasaray 6-1 pada aksi sulung.

Satu lagi pertembungan menarik, aksi Kumpulan C, PSG berdepan Benfica dengan kedua-dua pasukan menang aksi pertama.

Berikut jadual penuh perlawanan, awal pagi esok.

Awal pagi esok (2.45pg)

Kumpulan A
Bayer Leverkusen lwn Real Sociedad
Shakhtar Donetsk lwn Manchester United

Kumpulan B
Juventus lwn Galatasaray
Real Madrid lwn FC Copenhagen

Kumpulan C
Anderlecht lwn Olympiakos
Paris Saint-Germain lwn Benfica

Kumpulan D
CSKA Moscow lwn Viktoria Plzen (12pg)
Manchester City wn Bayern Munich

Categories: , , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!