Tampilkan postingan dengan label dakwa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dakwa. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 28 Desember 2013

Lapor pada kementerian dakwa sekolah 3 hari
  • Zulaikha Zulkifli
  • Malaysiakini Dis 18 2012
 
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta ibubapa Sekolah Kebangsaan Bihai, Gua Musang membuat laporan kepada Kementerian Pelajaran berhubung tempoh hari persekolahan di sekolah itu yang didakwa hanya tiga hari seminggu.

"Mereka kena lapor pada kementerian. Saya akan minta Jabatan Pelajaran Negeri untuk siasat betul atau tidak. Sebab perkara seperti ini kita perlu siasat sejauh mana kebenarannya," katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita pada sidang media selepas merasmikan seminar Fiqh Kontemporari di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak hari ini.

Malaysiakini melaporkan ketika menemui Arom Asir - wakil penduduk kampung selepas kematian tok batin di Kampung Tenrik, Pos Bihai Gua Musang, Kelantan, beliau berkata pendidikan merupakan masalah kanak-kanak di kampung itu.

Arom mendakwa kira-kira 200 murid di SK Bihai hanya diajar selama tiga hari dalam tempoh minggu persekolahan - sedangkan minggu persekolahan di Kelantan bermula Ahad hingga Khamis.

"Guru-guru hanya datang pada Ahad dan oleh itu mereka tidak boleh mengajar, jadi mereka mengajar pada Isnin sehingga Rabu. Dan menjelang tengahari hari Khamis, mereka bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Pelajar pula diminta untuk balik ke asrama," kata Arom.

Senin, 23 Desember 2013



  • Malaysiakini Sep 9 2013
Seorang saksi suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang asing Sabah mendakwa golongan berkenaan, terutamanya dari Filipina, turut menerima kad pengenalan polis untuk membolehkan mereka tinggal di negara ini tanpa menghadapi masalah dengan pihak berkuasa.

Nasir Abdullah dan Sharlin Indah, dua orang pendatang asing Filipina yang masuk ke negara ini pada awal 80-an, mengakui menerima kad pengenalan polis yang membolehkan mereka terlepas dari pemeriksaan pihak berkuasa.

Dua saksi berkenaan mendakwa kad berkenaan diberikan kepada mereka di Sandakan sebaik tiba di Malaysia.

Kedua-duanya berkata mereka tidak pernah menghadapi tindakan dari pihak berkuasa kerana memiliki dokumen tersebut.

Ketua polis Sandakan Rowell Marong yang turut memberi keterangan di persidangan suruhanjaya terbabit hari ini bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu mengenai amalan seperti itu.

“Secara jujur, saya tidak tahu. Saya tidak pernah menemui sesiapa (pendatang asing) yang memiliki kad pengenalan polis sebelum ini,” katanya semasa memberi keterangan.

Beliau berkata polis Sandakan tidak mempunyai rekod pengeluaran kad tersebut dan beliau juga tidak mengetahui sekiranya ada pihak yang mengedar kad seperti itu kepada pendatang asing.

“Tiada rekod, dan bila saya rujuk kepada ibu pejabat polis Sandakan, mereka juga tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini,” katanya.

Rowell juga merupakan seorang bekas pengawai Cawangan Khas
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!