Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Maret 2014

 
 Seorang lelaki di Sepanyol nekad memotong tangannya sendiri. Dia melakukan itu agar mendapat wang ganti rugi dari pihak insurans .
“Klaim lelaki itu terasa sangat aneh. Dia mengaku tangannya putus dalam kemalangan kereta,” ujar Ketua Penyiasat Kecelakaan Sepanyol Jose Luis Nieto, seperti dikutip Telegraph, Sabtu (27/4/2013).

“Tetapi ketika diperiksa, luka potongan itu terlalu halus jika memang disebabkan oleh kecelakaan,” lanjut Nieto. Nieto tidak menyebut nama lelaki yang mengajukan klaim tersebut. Dia hanya kata peristiwa itu terjadi tahun lalu.

Sepanyol memang sedang dilanda krisis ekonomi parah. Sekira 27 persen warga Sepanyol kini menganggur sehingga tidak punya cukup wang untuk membiayai hidupnya.

Nieto mengatakan ada sekira 150 ribu klaim insurans  yang diperiksa tim penyiasat di Sepanyol tahun lalu. Namun kisah lelaki yang memotong tangannya sendiri itu adalah yang paling mengejutkan.
Sumber : okezone.com

Sabtu, 28 Desember 2013


Apa yang unik dari pokok bunga anggerik monyet atau nama saintifiknya adalah Orchis simia ini adalah bentuk bunganya yang jika di lihat dengan teliti ia kelihatan seperti imej lelaki yang sedang telanjang dengan kemaluan yang sedang tergantung. 

Bunga anggerik monyet ini sering di temui di sekitar Eropah. Walaupun bunga ini bukan dari spesies pokok bunga terbaru, namun bentuknya yang unik membuatkan bunga ini menjadi heboh di Internet.  

Bunga anggerik monyet ini merupakan bunga yang memiliki bau aroma seperti kotoran manusia. Hal ini mungkin kerana ada hubungannya dengan manusia maka bentuk bunga ini mirip seperti seorang lelaki yang sedang telanjang. “Alam semulajadi memang luar biasa.” 





Jumat, 27 Desember 2013

 19 Julai 2013 
Pria di China Koma Kesetrum iPhone 4 Miliknya
net
iPhone 4S 
TRIBUNNEWS.COM, BEIJING - Seorang lelaki di Beijing, China berada dalam keadaan koma akibat tersetrum ketika mengisi bateri iPhone 4 miliknya.

Seperti pemberitaan Asiaone.com, Jumaat (19/7/2013), insiden tersebut yang merupakan kedua kalinya malfungsi smartphone iPhone 4.
Wu Jiantong, 30, masih menjalani rawatan di ICU di rumah sakit Beijing. Adiknya, Wu Jianxiang mengatakan kecelakaan itu terjadi pada 8 Julai 2013, kelmarin.

"Saya sedang mengebelakanginya dan tiba-tiba saya mendengar dia berteriak. Ketika saya menoleh ke belakang, dia terbaring di tanah, dalam keadaan kejang-kejang," ujar Jianxiang.

Ia kemudian menarik alat pengisi daya telepon genggam abangnya. "Saya merasa sakit di tangan saya, seperti eletrik bergerak dari jari saya hingga ujung kaki saya," tuturnya.

Sementara telepon genggam iPhone 4 milik Wu, tidak mengalami kerosakan sama sekali. Dipercayai alat pengisi daya telepon genggam Wu adalah barang palsu.

Seorang keluarga Wu mengatakan, pada malam kecelakaan itu terjadi, hujan mengguyur dan udara cukup basah. Kemungkinan telah terjadi turunnya panel koneksi isolasi dan menyebabkan kejutan elektrik.
Ketika petugas medis tiba, mereka mendapat Wu mengalami serangan jantung dan mulai resusitasi.

Seorang doktor yang merawatnya memastikan Wu, terkena kejutan elektrik. Setelah satu minggu menjalani  rawatan Wu baru dapat bernafas tanpa alat bantu, meskipun otaknya belum pulih dan dia masih dalam keadaan koma.
Apple Cina menolak menanggapi insiden itu. (asiaone.com)

Selasa, 17 Desember 2013

myMetro 8 Ogos 2013

Kuala Lumpur: Cubaan seorang lelaki untuk mencuri seutas rantai emas dari sebuah kedai emas di Pasar Keramat, di sini, semalam, berakhir dengan dia cedera di paha akibat ditembak pemilik kedai emas berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, suspek yang memakai topi bola lisut pada mulanya berpura-pura mahu membeli barang kemas.

Isteri pemilik kedai berkenaan, Norliza Abdullah, 45, berkata, ketika kejadian dia bersama suaminya yang berusia 64 tahun berada di dalam kedai sebelum didatangi suspek yang berbadan tegap.

 “Lelaki memakai topi itu meminta saya mengeluarkan rantai paling berat dan saya mengeluarkan rantai seberat 45.47gram berharga RM7,440.

“Dia membelek rantai berkenaan sebelum melarikan diri dan saya dan suami mengejarnya kira-kira 150 meter dari kedai,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian jatuh selepas terlanggar batu pembahagi jalan, namun masih melawan apabila diminta menyerahkan semula rantai yang dicuri.
“Ketika suami saya mengeluarkan pistol dari pinggangnya untuk mempertahankan diri, dia terlepas tembakan dan mengenai paha kiri lelaki itu.

“Suami saya ada lesen untuk pistolnya sejak dua tahun lalu dan sentiasa membawa pistol bersamanya, tapi ini kali pertama dia menggunakan pistol itu,” katanya.
Norliza berkata, dengan bantuan orang ramai suspek berjaya ditangkap dan diserahkan kepada anggota polis yang tiba di lokasi kejadian. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek yang berusia 26 tahun kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dilaporkan stabil.

“Semakan mendapati pemilik kedai itu memiliki lesen senjata api dan suspek pula ada rekod membabitkan kes dadah,” katanya.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!