Tampilkan postingan dengan label ketahui. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ketahui. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Maret 2014

Fakta Tentang Starbucks

Pasti hampir semua orang pernah mendengar kafe yang terkenal akan kopinya ini. Yang telah membuka 16.300 cabang sejak tahun 1971, serta memiliki sistem ukuran gelas yang unik.

Namun masih banyak hal lainnya yang menarik tentang perusahaan kopi ini yang mungkin Anda belum ketahui seperti ukuran gelas rahasia, peraturan waktu buka toko hingga waktu tutup toko. Untuk lebih jelasnya berikut fakta-fakta tentang Starbucks :

1. Terdapat lebih dari 87.000 kombinasi minuman
Kombinasi Minuman Starbucks
Starbucks memiliki menu yang banyak, namun 87.000 pilihan minuman adalah suatu jumlah yang sangat banyak. Anda dapat mengambil minuman utama, kemudian mengubah dan menyesuaikannya, maka Anda akan mendapat lebih dari 87.000 kombinasi.

2. Kalori Kue The Cinnamon Chip Scone
The Cinnamon Chip Scone
Cinnamon Chip Scone mengandung 480 kalori atau 70 kalori lebih banyak daripada sandwich McDonalds Quarter Pounder.

3. Senyum adalah bagian deskripsi kerja karyawan
Buku The Green Apron
Starbcuks memiliki buku pegangan karyawan yang disebut Green Apron, yang berbicara tentang menghubungkan, menemukan dan merespons, tersenyum sebagai cara untuk ikatan dengan pelanggan.

4. Membuka dua atau tiga toko baru setiap hari
Dua Atau Tiga Toko Starbucks Setiap Hari
Pada tahun 2007, dilaporkan bahwa enam cabang Starbucks dibuka di seluruh dunia setiap hari dan hal tersebut merupakan rencana untuk mencapai total 40.000 toko di seluruh dunia. Pertumbuhan ini akhirnya menurun karena krisis keuangan, sehingga menjadi dua atau tiga toko sehari.

5. Rancangan desain meja
Desain Meja Bulat Starbucks
Rancangan meja bundar yang kecil didesain agar pelanggan yang makan sendiri tidak merasa kesepian. Di mana dalam psikolog, meja bundar jauh lebih nyaman dan informal bagi individu, maupun kelompok.

Dikatakan bahwa Starbucks akan meluncurkan sebuah bentuk meja bulat dengan satu tepi yang lurus sehingga jika digabungkan maka membentuk meja untuk empat orang.

6. Ukuran gelas rahasia yang tidak terdapat pada menu
Variasi Ukuran Gelas Starbucks
Terdapat gelas 8-ons disebut "Short" yang mungkin tidak terdapat di menu, yang dikenal juga sebagai "Kids size". Menurut blog Starbucks Gosip, Starbucks sedang menguji ukuran cup 31-ons yang disebut "Trenta".

7. Waktu buka dan tutup
Peraturan Sepuluh Menit
Terdapat "Peraturan 10 Menit" di mana setiap toko harus membuka pintu 10 menit sebelum waktu buka dan 10 menit setelah waktu tutup, dikarenakan hampir selalu ada seorang pelanggan menunggu Starbucks sebelum membuka dan sesudah menutup toko.

Menurut Anda manakah dari fakta di atas yang paling menarik dan baru Anda ketahui?

Kamis, 06 Februari 2014


KETAHUI ADAB MAKAN AMALAN RASULULLAH
Seorang Muslim perlu memandang makanan dan minuman sebagai sebab atau alat yang boleh menyampaikan kepada sesuatu tujuan. Tegasnya, makan dan minum itu bukan matlamat hakiki, kerana makan dan minum bagi orang Islam adalah untuk memelihara dan mengawal keselamatan tubuh badannya. 

Dengan demikian tubuh badan akan sihat dan dapat beribadat kepada Allah s.w.t. iaitu ibadat yang melayakkan dirinya menerima kemuliaan negeri akhirat dan kebahagiaan hidup abadi di sana.

Oleh yang demikian, seorang Muslim tidak makan dan minum semata-mata kerana memenuhi nafsu. Ia tidak makan kalau tidak lapar, dan tidak minum kalau tidak dahaga. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Kami adalah satu kaum yang tidak makan sehingga kami lapar (iaitu apabila sangat lapar baru kami makan) dan apabila kami makan, maka kami tidak makan (makan banyak) hingga kenyang.

Jelasnya, seseorang Muslim dalam makan dan minumnya terikat kepada beberapa adab, iaitu:

* Memilih makanan dan minuman yang baik, halal, bersih daripada kekotoran harta haram dan harta syubhah. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! makanlah Ente daripada benda-benda yang baik (halal) yang telah Kami berikan kepada Ente. Tegasnya, rezeki yang baik itu ialah rezeki yang halal yang tidak bercampur dengan kekotoran dan perkara haram.

* Apabila hendak makan atau minum, hendaklah berniat menguatkan tenaga untuk beribadat kepada Allah s.w.t. supaya dengan demikian makan dan minumnya mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah s.w.t. Dalam Islam, perkara yang harus (seperti makan dan minum) tetapi dengan disertakan niat yang baik, akan menjadi tabiat yang diberi pahala kepada seseorang Muslim.

* Sebelum makan hendaklah dibasuh kedua-dua belah tangan jika terdapat pada kedua-duanya itu kekotoran ataupun ada keraguan tentang kebersihan tangan tersebut.

* Meletakkan atau menghidangkan makanan di atas alas makan di hadapan tempat duduk, kerana meletakkan makanan di atas alas lebih hampir dengan sifat tawaduk. Duduk menghadap makanan dengan cara menghulurkan dua lutut ke hadapan dan meletak punggung di atas dua tapak kaki atau mendirikan kaki sebelah kanan dan duduk di atas tapak kaki kiri. Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku tidak makan sambil menyandar, sesungguhnya aku seorang hamba, aku makan seperti hamba makan dan aku duduk seperti seorang hamba duduk. (Riwayat Bukhari).

* Bersikap rela dengan makanan yang ada di hadapan, tidak mengaibkannya dan mengejinya. Jika rasa tertarik, makanlah. Jika sebaliknya, tinggalkanlah. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan sikap Rasulullah s.a.w. tentang makan, katanya, Rasulullah s.a.w. tidak pernah sekalipun mengaibkan makanan. Jika baginda merasakan makanan itu menarik (membuka selera), baginda makan. Jika tidak berselera, baginda meninggalkannya. (Riwayat Abu Daud).

* Sekiranya ada tetamu atau keluarga, maka ajaklah mereka makan bersama kerana makan beramai-ramai itu berkat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi bermaksud: Beramai-ramailah menghadapi makanan Ente, nescaya dikurniakan keberkatan kepada makanan itu.

* Memulakan makan dan minum dengan menyebut basmalah dan berdoa. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Apabila seseorang di antara Ente hendak makan, maka sebutlah nama Allah Taala. Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada permulaan makan, maka hendaklah ia menyebut `Bismillahi awwaluhu wa aakhiruhu. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).

* Makan pada permulaannya dengan tiga jari tangan kanan dan mengecilkan suapan, mengelokkan mamah makanan dan makan makanan di sebelah hadapan, tidak yang di tengah hidangan atau yang jauh dari tempat duduk. Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Umar bin Salamah yang bermaksud: Wahai anak! sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan di sebelah Ente ( di hadapanmu). (Muttafaq alaih).

* Sekiranya makanan itu masih panas dan berasap, janganlah dihembus atau ditiup. Manakala ketika minum janganlah bernafas di dalam bekas air, sebaliknya bernafaslah di luar bekas sebanyak tiga kali ( maksudnya minum seteguk bernafas sekali, seterusnya setiap satu tegukan sekali bernafas. Anas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bernafas tiga kali ketika baginda minum. (Muttafaq alih). Daripada Abu Said r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang orang meniup dalam minuman (yang panas). ( Riwayat Tirmizi). Dan daripada Abdullah bin Abas r.a. menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. melarang orang yang sedang minum bernafas atau meniup dalam bekas minuman ketika sedang minum. (Riwayat Tirmizi).

* Seorang Muslim yang muda atau lebih muda hendaklah melayani orang yang lebih tua daripadanya ketika makan dan minum dalam satu hidangan dengan menghulurkan makanan dan minuman lebih dahulu kepada yang lebih tua. Kemudian barulah diedarkan kepada orang yang di sebelah kanan, seorang demi seorang, dengan dirinya menjadi orang yang terakhir mendapat makanan dan minuman tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Orang yang lebih berhak minum dan makan dahulu ialah orang yang di sebelah kanan dan yang lebih kanan. (Muttafaq alaih). Sekiranya orang yang tua duduk di sebelah kiri kita, maka perlulah meminta izin daripada mereka yang di sebelah kanan kita untuk memberi makanan terlebih dahulu kepada mereka yang lebih tua tersebut. Begitulah juga sekiranya dalam majlis itu terdapat mereka yang lebih istimewa kedudukannya daripada yang lain.

* Ketika sedang makan, janganlah asyik memandang orang lain yang sedang makan bersama, kerana perbuatan seperti itu boleh mengganggu atau memalukannya. Sebaliknya makanlah sambil menunduk kepala tanpa memandang kepada sesiapapun dengan pandangan yang boleh mengganggu konsentrasi orang lain. Kita juga dilarang melakukan perbuatan jijik ketika makan dalam satu hidangan seperti menyebut (bercakap) perkara-perkara yang kotor yang boleh menimbulkan rasa tidak senang hati kepada rakan sehidangan, kerana hal-hal demikian boleh menyakiti hati orang lain.

* Apabila sisa-sisa makanan terjatuh dari bekasnya hendaklah diambil, dan selepas membuang kekotoran yang terlekat, makanlah sisa makanan itu sekiranya tidak memudaratkan. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: ``Apabila suapan seseorang Ente jatuh dari mulutnya, hendaklah diambil dan hendaklah dibuang kotoran yang serta dimakannya dan jangan ditinggalkan untuk makanan syaitan. (Riwayat Muslim).

* Seorang Muslim hendaklah berhenti makan sebelum merasa terlalu kenyang kerana mencontohi Rasulullah s.a.w. Sabda baginda Seseorang manusia tidak memenuhkan satu bekas yang lebih bahaya dari perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suapan makanan bagi menguatkan tulang belakang. Jika tidak dapat berbuat demikian, eloklah perutnya dibahagi tiga ruang. Satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk bernafas. (Riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah dan Hakim).

* Apabila selesai makan, seorang Muslim hendaklah membersihkan sisa makanan yang terlekat di jari-jarinya, kemudian membersihkannya dengan air. Menurut Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh (orang yang makan) menjilat-jilat jari-jari tangannya dan menghabiskan sisa makanan yang terdapat di bekas makanannya (pinggan mangkuk dan sebagainya) dan baginda bersabda: Sesungguhnya Ente tidak tahu di bahagian mana keberkatan makanan Ente. (Riwayat Muslim).

* Akhiri makan dengan memuji Allah: `alhamdulillah. Sabda Rasulullah s.a.w. : Sesiapa makan makanan dan pada akhirnya bersyukur, berdoa dengan mengucap segala puji bagi Allah yang telah memberi makanan ini padaku dan memberikanku rezeki tanpa upaya dan kekuasaan diriku, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. (Muttafaq alaih).

* Selepas itu hendaklah berkumur dan membersihkan mulut dengan mengeluarkan sisa-sisa makanan, kerana dengan kebersihan mulut kita dapat berzikir dan bercakap dengan sahabat handai dan saudara mara dengan senang hati, dan dengan kebersihan mulut, gigi akan selamat daripada kerosakan.

Demikianlah adab-adab makan yang sewajarnya dipatuhi dan diikuti oleh seorang Muslim dalam kehidupan mereka agar sejajar dengan amalan yang diperintahkan dan dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!