Kamis, 30 Januari 2014


SELASA, 17 APRIL 2012



SURA GATE – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.

Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.

Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.

Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.

Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Rabu, 29 Januari 2014

 
KUALA LUMPUR: Komposer dan penceramah bebas Sham (Kamikaze) meminta mana-mana pihak tidak lagi mengkritik langkah pelakon Ashraf Muslim yang memiliki isteri kedua iaitu bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Mereka berkahwin di Bangkok, Thailand pada 7 Julai lalu.

Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 37, berkata, sebagai individu yang hanya melihat dan sekadar membaca mengenai perkembangan Ashraf di media, orang ramai tidak ada hak untuk menilai perilaku pelakon itu baik mahupun buruk.

"Dalam kes Ashraf ini, siapakah kita untuk menilai seseorang tak kiralah sama ada ia adalah satu perkara baik atau buruk.

"Takut nanti jika penilaian itu menjadi hal lain pula, seolah-olah kita menidakkan takdir Allah. Kita kena ingat setiap perkara yang berlaku, Allah sudah rancangkan.

"Jadi lebih baik kita diam sahaja dan doakan yang terbaik buat Ashraf sekeluarga," katanya.

Sham diminta mengulas mengenai Ashraf yang juga merupakan pengamal perubatan Islam mencetuskan kontroversi apabila dia mengaku telah berkahwin kali kedua dan perkahwinan itu dibuat tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26.


Hal sama juga berlaku kepada Sham pada tahun lalu apabila dia menjadi tumpuan ramai gara-gara dikatakan sudah beristeri untuk kali kedua dengan wanita bernama Nurul Halimin tanpa pengetahuan bekas isteri pertamanya (ketika kejadian mereka belum bercerai), Farazila Abdul Jabar, 32.

Bagaimanapun Sham menafikan gosip tersebut namun tidak lama selepas itu wajah isteri baharu Sham didedahkan sebuah laman blog iaitu seorang janda anak satu dan mereka telah berkahwin pada 16 Januari 2012.

Ditanya pula mengenai kehidupannya dengan isteri baharunya, yang juga kakak kepada penyanyi Maulana, Sham berkata, dia bahagia dengan kehidupannya itu.

"Tiada apa yang menarik, tetapi saya sekeluarga bahagia, Alhamdulillah," ujarnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan lain pula, Sham berkata dia kini merupakan pendakwah sepenuh masa selain menjadi panel jemputan dalam mana-mana acara keagamaan.

“Inilah saya sekarang. Tidak lagi bermain muzik, tetapi saya lega dengan kehidupan sekarang. Memang saya sudah meninggalkan dunia komersial sepenuhnya.

"Kerja studio pun saya tinggalkan. Kalau ada pun yang meminta lagu, ia lebih kepada lagu nasyid kontemporari,” tuturnya.-mstar online

Rabu, 01 Januari 2014

women-learning
Ilustrasi belajar I foto : ou.org

Banyak yang percaya bahwa orang-orang yang terkenal untuk tingkat tinggi disiplin diri adalah orang yang paling malang di dunia, Terbelenggu oleh seribu keterbatasan dan janji-janji  untuk sendiri. Tetapi sebuah studi baru menemukan bahwa disiplin diri dan pengendalian diri bukanlah suatu keburukan, tapi hal itu memungkinkan tujuan-tujuan sederhana bisa tercapai.

Kebanyakan orang  menghubungkan disiplin diri orang dengan ditargetkan pada tugas-tugas tertentu, para ilmuwan memutuskan untuk mengukur bagaimana pengendalian diri berkorelasi dengan kebahagiaan.

Para peneliti dari University of Minnesota, melakukan serangkaian percobaan tingkat pengendalian diri dan disiplin diri, kepuasan hidup serta keinginan tertentu yang melibatkan 400 orang berusia setengah baya. Dengan demikian, para penulis mampu menyimpulkan bahwa disiplin tinggi dan pengendalian diri meningkatkan suasana hati.

Orang-orang yang melatih pengendalian diri, melaporkan kesehatan yang baik, dibandingkan dengan mereka yang tidak memiliki fitur ini. Para ilmuwan mengemukakan bahwa orang-orang yang memiliki kontrol diri, melakukan beberapa hal yang membawa kebahagiaan, yaitu, untuk menghindari masalah konflik dan keinginan tertentu. Sebaliknya mereka yang kurang sering mengalami banyak kasus. Orang disiplin jarang mengalami konflik karena mereka tidak cenderung memprovokasi. Mereka juga memiliki lebih sedikit emosi negatif.


UAI di Bayar RM25~30K Dalam Ustaz Mu Tunggu Aku Datang? | Dengan menampilkan seorang penceramah bebas yang popular iaitu Ustaz Azhar Idrus dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang! ia merupakan strategi tersendiri yang dilakukan oleh syarikat perfileman gergasi milik David Teo, Metrowealth.
UAI di Bayar RM25~30K Dalam Ustaz Mu Tunggu Aku Datang?

Namun begitu, ada desas-desus yang mengatakan penceramah berkenaan menerima bayaran yang agak lumayan iaitu antara RM25,000 hingga RM30,000, meskipun sekadar tampil dalam tiga babak sahaja.

Penerbitnya, David Teo ketika ditemui sebaik sahaja selesai majlis pratonton filem berkenaan baru-baru ini enggan mendedahkan jumlah sebenar yang dibayar oleh Metrowealth.

“Tentang nilai bayaran, pastinya saya tidak boleh memberitahu jumlah sebenar kepada umum dan ia dibuat atas persetujuan antara pihak penerbit dan pengurusan Azhar Idrus menerusi beberapa perbincangan yang dilakukan.

“Sebenarnya. kami tidak pernah berurusan dengan Azhar secara langsung, sebaliknya segala urusan dibuat bersama dengan pengurusan beliau. Jadi, saya ingin menjelaskan tentang bayaran bukan beliau yang menetapkannya,” jelas penerbit berkenaan.

Tidak menjelaskan jumlah sebenar terhadap bayaran yang dibuat, David menegaskan ia sepatutnya tidak menjadi pertikaian memandangkan peranan Azhar dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre itu memberi impak kepada jalan cerita.

language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">


Ujarnya, biarpun terbabit dalam tiga babak serta dilihat sebagai penampilan khas, namun jiwa Azhar yang diterapkan oleh Pierre dalam filem tersebut sangat kuat dengan sebuah kisah yang mantap.

“Bayaran yang Metrowealth berikan bukanlah dinilai kepada kekerapan kemunculan beliau, tetapi lebih menjurus kepada falsafah dan pandangan beliau menerusi mesej positif yang disampaikan,” jelasnya.

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang! menceritakan tentang Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup, manakala rakan baiknya Muiz (Ajak Shiro) pula seorang penganggur dan mengharapkan Dadu menyara hidupnya.

  8 Jan 2013

  Male - Seorang remaja berusia 15 tahun di Maladewa yang menjadi mangsa pemerkosaan ayah tirinya, terancam dihukum rotan. Hukuman ini diberikan kerana remaja perempuan tersebut ketahuan berzina dengan lelaki lain.

Hukuman tersebut diatur oleh peraturan syariat Islam yang berlaku di negara tersebut. Dalam penyiasatan  kes pemerkosaan, para penyiasat  menemukan bukti-bukti bahawa si remaja tersebut juga melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki lainnya.

Sesuai dengan perundang-undangan yang berlaku di negeri itu, seorang wanita, termasuk yang masih di bawah umur, boleh dikenakan hukuman jika berhubungan seks di luar nikah. Hukuman rotan di depan umum pun menantinya. Namun bagi mereka yang masih di bawah umur, hukuman baru boleh dilaksanakan setelah dia berusia 18 tahun.

Demikian seperti disampaikan oleh seorang sumber dari  polis  setempat dan dilansir Sydney Morning Herald, Selasa (8/1/2013).

Menurut seorang pegawai pejabat pendakwa setempat yang enggan disebut namanya, seperti dikutip oleh surat khabar setempat Haveruu, hukuman rotan tersebut sama sekali tidak terkait dengan kes pemerkosaan yang menjerat ayah si remaja. Kes pemerkosaan yang menjerat sang ayah dan kes perzinaan yang menjerat si remaja merupakan dua kes yang berbeda.

Ayah tiri si remaja dikenakan hukuman kerana memperkosa puterinya berulang kali dan membunuh bayi yang dikandung mangsa. Bayi tersebut merupakan anak hasil pemerkosaan tersebut. Ibu mangsa juga ikut dikenakan hukuman kerana membantu membuang jasad bayi tersebut.

Hasil penyiasatan lengkap kes tersebut diserahkan oleh polis  kepada pejabat kejaksaan setempat. "Kami telah menyelesaikan penyelidikan (atas kes pembunuhan si bayi) dan telah memberikan laporan kepada pejabat  kejaksaan," ujar seorang juru cakap  polis  Maladewa, Hassan Haneef.

Diketahui, sistem hukum yang berlaku di Maladewa, yang dihuni 330 ribu penduduk muslim Sunni itu, merupakan penerapan hukum syariat Islam dan hukum umum. Negara ini memberlakukan hukuman rotan di depan umum bagi setiap wanita yang melakukan hukuman seks di luar nikah. Hukuman tersebut selama ini menuai kritikan dan protes dunia internasional, salah satunya Dewan Hak Asasi Manusia PBB yang meminta pemerintah Maladewa mencabutnya.

(nvc/ita)detikNews
diedit oleh idahsalam
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!